Tuesday, May 10, 2011

Empat Mazhab - Sudah kenal kah?




Mazhab (مذهب) ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.



Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.
Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.
Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.
Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.
Mazhab dalam Kristian pula seringkali disebut denominasi.
Ahli Sunnah wal Jamaah
Mazhab Hanafi

Read more »

5 comments:

  1. kenal 4 mazhab tp tak mendalami, gud n informative entry

    wassalam

    jul

    ReplyDelete
  2. PP, thanks for the info. Now I know more.

    ReplyDelete
  3. Jul :-) saya pun mencari2 info, sebab tu google, dan terjumpa sumber ini :-)


    --

    Pak Zawi :-)

    yes...me too, now i know a liltle bit more...learning everyday ...

    ReplyDelete
  4. Imam Hanafi (Iraq), Maliki (Madinah), Shafie (Palestin) hidup dalam zaman pemerintahan Umayyah dan Abbasiyah manakala Hanbali (Iraq) lahir pada zaman Bani Abbasiyah. Imam Hanafi lahir pada zaman pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik (Raja ke lima, Ummayah)dimana Tentera Sepanyol dapat dikalahkan di Gibraltar melalui Panglima Perang Tariq bin Ziyad. Imam Hanbali pula hidup di zaman Khalifah Harun Al-Rasyid di zaman kegemilangan Bani Abbasiyah. Kerajaan Abassiyah berakhir apabila tentera Monghul yang diketuai Hulagu Khan memusnahkan Baghdad pada tahun 1258H. Selepas itu berlaku perpecahan demi perpecahan dikalangan umat Islam sehingga sekarang. Saya ada semua buku tentang sejarah hulubalang ternama zaman kegemilangan Islam termasuk juga sejarah Hulagu Khan. Tapi semuanya ada di Msia.

    ReplyDelete
  5. zainal :-) hebat tu ilmu sejarah tuan...tenkiu for sharing...

    ReplyDelete