Celik jer mata pagi semalam, dunia nampak seperti hitam putih. Bilik tidur berpusing seperti pakaian di dalam tumble dryer. Aku perlu ke bilik air, tetapi takut untuk bangun. Takut rebah. Aku baring buat seketika lagi sambil cuba fokus mata ku ke satu sudut bilik. Astghfirullah...dunia berpusing2 selama lebih kurang 6 minit. Seram juga aku. Tetapi aku hanya menceritakan kepada isteri setelah keadaan pulih dan aku sudah selamat keluar dari bilik air.
Semalam aku berehat saja di rumah. Setelah selesai Zuhur, aku tidur. Lama. Apabila bangun jam sudah 5petang. Apabila terbangun, aku membuka mata perlahan-lahan. Takut dunia berpusing lagi. Tidak. Keadaan seperti normal.
Malam tadi aku tidur awal. Walaupun sudah tidur hampir empat jam di waktu siang, mata aku mengantuk. Jam 9.30 malam aku sudah menguap. Sungguh tidak sexy!
Jam sepuluh aku sudah di bawah selimut.
Jumaat
Pagi ini...
Kepala ku terasa masih pening. Mulut ku kering. Mata berpinar. Dunia berpusing. Namun hanya untuk jangka masa singkat. Lebih kurang 2 minit sahaja.
Petang nanti aku bercadang ke Hospital untuk membuat pemeriksaan.
Punca
Aku seperti tahu punca nya aku begini.
Hari Selasa kami menerima lawatan the World Boyscouts Council di ladang. Untuk makan tengah hari, kami jamu hidangan kambing. Aku memang suka kambing ni kan!
Ermmm...aku makan banyak la jugak.
Nasib baik lah pening aku ni pening berpunca dari kesihatan. Bukan pening masaalah kerja atau masaalah melibatkan manusia. Pening kesihatan ni, kita jaga makan dan telan ubat, Inshaalah baik.
Pening masaalah kerja atau masaalah manusia, boleh menyebabkan stress....yang menyeksa batin! Ermmm, mudah2an aku tidak pening2 dengan masaalah kerja atau manusia lagi...dah tak kuasa nak pening kerana hal2 begitu~!
Seperti kata kawan2, "Dah tua!"
Seperti kata kawan2, "Dah tua!"
oh dear ... get well soon ok. boleh makan kambing tapi jgnlah byk2. pandai je sya nak nasihatkan? hehehe sorry. sya pun dah sakit. dah kena kencing manis huhuhu
ReplyDeletetake care ye
I do not quite agree that headache caused by illness is better than that cause by worry. Worry is out attitude towards our life, nothing terminal because, educated as we are, we should be able to handle that. Even a short surah from Al Quran can help. But of health and illness, it would be the last thing any one would want.That is my view.
ReplyDeleteSalaam from
Pakcik Almanar
Sya :-)sama2 kita jaga kesihatan. Semoga Sya sihat dan sakit yg di alami terkawal.
ReplyDelete-
Sir Al Manar,
True. I agree with your view. For some, pening dari kesihatan lebih rumit untuk di kawal. For me, being the person I am, educated and all, amat gerun dengan 'pening' yang berpunca dari manusia...kadang2 pening berpunca dari manusia ni boleh mendatang the real pening yang menjejas kan kesihatan.