Petang tadi kami mengikuti kuliah Haji yang di kendalikan oleh ustaz Hassan yang datang khas dari Riyadh. InshaAllah tahun ini, pada malam 2 hb November, aku bersama isteri akan bertolak dari kediaman kami di Jeddah menuju ke Mekah untuk tawaf selamat datang, dan seterusnya ke Mina di mana kami akan berkemah sehingga hari Wukuf di Arafah.
Kursus telah di ada kan di kediaman Tuan Zarir dan Puan Neme, dan di hadiri oleh para jemaah lain yang akan turut sama di dalam rombongan muasasah yang sama.
Ustaz Hassan memulakan kuliah dengan sedikit sejarah Haji....
"Masa pertama kali Rasulullah (swt) mengerjakan Haji, semua 124,000 penduduk Medinah mahu mengikuti baginda. Di waktu itu Rasullullah (swt) mula memperkenalkan sistem kuota. Hanya 100,000 di benarkan mengikuti baginda ke Mekah, sementara 24,000 lagi tinggal d Medinah untuk mempertahankan Kota itu dari kemungkinan serangan musuh." Kata Ustaz Hassan.
Ustaz Hassan menyambung...
"Jika kita mengerjakan ibadah Umrah, segala dosa kita di antara satu Umrah dan Umrah seterusnya di ampuni Allah. Apabila kita melakukan ibadah Haji, dan Haji kita di terima Allah, kita kembali bersih dan suci tanpa dosa seperti kanak2 yang baru lahir. Segala dosa kita di ampuni! Amatlah penting untuk kita mengetahui bagaimana untuk mendapat Haji Mabroor! Sesiapa yang membuat Haji yang Mabroor di janjikan Syurga!"
Kami mendengar penuh khusuk. Beliau memberitahu....
"Syarat mendapat Haji Mabroor...ialah...
Pertamanya, hati dan niat kita mestilah ihlas. Ibadah kita mestilah semata-mata kerana Allah...bukan untuk mendapat pujian manusia atau berbangga-bangga. Jangan sekali-kali kita menjadi riak, kerana hati yang riak boleh terjerumus sebagai syirik!"
Pertamanya, hati dan niat kita mestilah ihlas. Ibadah kita mestilah semata-mata kerana Allah...bukan untuk mendapat pujian manusia atau berbangga-bangga. Jangan sekali-kali kita menjadi riak, kerana hati yang riak boleh terjerumus sebagai syirik!"
"Keduanya, kita mengikuti sunah Rasullullah dan melakukan cara-cara dan tertib yang di lakukan baginda. Perkara2 rukun di sempurnakan, dan yang wajib di lakukan, di masa yang sama yang di larang di tinggalkan!"
"Ketiga, mestilah kita sucikan diri, dan sucikan harta kita dari riba, hutang, dan sumber2 yang tidak halal."
Begitulah ustaz Hassan berkongsi ilmu pengetahuan beliau demi kepentingan kami.
Nota:
1. Rukun Haji
- niat berihram
- wukuf
- tawaf
- saei
- tahlul
- tertib
- niat berihram
- wukuf
- tawaf
- saei
- tahlul
- tertib
2. Perkara2 yang wajib ketika mengerjakan ibadah Haji
- niat d Miqat
- wukuf d siang hari ( zuhur hingga maghrib)
- d mudzalifah setengah malam.
(Berehat lah dalam 2 atau 3 jam)
(Haji itu ialah jihad: harus mengalami susah payah dan penat lelah)
- melontar di jamrah Akabah. 7 biji.
- tahalul awal.
- Mabit d Mina paling kurang setengah malam.
- melontar pada hari tasreek di ke tiga2 jamrah.
- tawaf widak.
3. Pesanan
- banyak lah bersabar
- sucikan hati sebelum meninggalkan rumah untuk mengerjakan Haji
- mesti ada bermaaf maafan, dan merendah diri, serta berkenalan dengan Jemaah lain.
- waktu di Arafah, banyak2 lah berisghfar, zikir, dan berdoa. Doa di Arafah di makbulkan Allah.
- bacalah Labbaikallah dengan suara nyaring, kerana apa juga yang mendengar akan menjadi saksi di akhirat kelak.
- banyak lah bersabar
- sucikan hati sebelum meninggalkan rumah untuk mengerjakan Haji
- mesti ada bermaaf maafan, dan merendah diri, serta berkenalan dengan Jemaah lain.
- waktu di Arafah, banyak2 lah berisghfar, zikir, dan berdoa. Doa di Arafah di makbulkan Allah.
- bacalah Labbaikallah dengan suara nyaring, kerana apa juga yang mendengar akan menjadi saksi di akhirat kelak.
Sekadar berkongsi apa yang aku fahami dari kuliah dari Ustaz Hassan tadi. Yang kurang itu dari saya, yang baik itu dari beliau dan dari Allah jua. Ampun maaf di pohon dari semua jika ada salah dan silap sepanjang sayang menulis di blog ini dan sepanjang kita berkenalan. Semoga Allah membalas dan memakbulkan doa kalian supaya saya, isteri dan para jemaah selamat pergi dan balik dan ibadah kami di terima Allah....
Sent from my BlackBerry® wireless device from STC
Kak Nab doakan agar PP mendapat haji yang mabrur..
ReplyDelete"Ya Allah anugerahkanlah mereka kesihatan zahir dan batin serta kemahuan dalam mengerjakan segala perintahMu dari awal hingga ke akhir diTanah Suci Mu nanti dan juga meneruskan setelah mereka pulang ke Tanah Suci.
ReplyDeleteYa Allah Ya Tuhan Kami , Kurniakan kepada mereka Haji yang Mabrur , dosa diampunkan , usaha yang dipuji , amalan soleh dan perniagaan yang tidak rugi."
"Maha Suci Engkau. Ya Allah, aku memuji-Mu, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Engkau, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu"
سُبْحانَ ربِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ، وَسَلامٌ على المُرْسَلِينَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبّ العَالَمِين
It is as though I am there too.
ReplyDeleteEnvy you.
InsyaALLAH, Mabruur.
Salam Sdra Pakpayne,
ReplyDeleteRasanya baru sebentar tadi saya baca kisah Malik, Aziman, Nadia dan Amanda. Tentang Malik membohongi isterinya.
Then when I opened your blog for the 2nd time, its gone! What happened? Deleted on purpose? But why?
Kenanga
Salam.
ReplyDeleteTahniah dapat buat Haji lagi.
Semoga perjalanan hidup penuh dengan keinsafan dan persediaan untuk hari akhirat semakin mantap..Ameen.
Selamat menjalankan fardhu Haji dengan sempurna dan berjaya mendapat haji mabrur..InsyaAllah.
semoga diberi kekuatan dan kesabaran oleh Allah swt kpd PP & isteri dalam melaksanakan ibadah haji .. dan semoga mdpt haji yg mabrur... InsyaAllah.. Amin...
ReplyDelete