Sunday, November 13, 2011

Perubahan kecil...sejak berkampus d Mina!

Salah satu daripada perubahan yang telah aku lalui sewaktu di Mina ialah 'jadual' diri. Pada mulanya, perubahan jadual di desak oleh keperluan menggunakan 'toilet'. Oleh kerana kesesakan jemaah beratur di depan 'toilet' di waktu-waktu 'peak hours', aku telah melatih diri untuk bangun tengah malam untuk urusan mandi manda dan menunaikan apa saja hajat. Lalu alarm di pasang jam 3 pagi. Ada kalanya, diri sendiri terjaga di jam begitu sebelum alarm berbunyi.

Kesempatan bangun di waktu itu di guna sepenuhnya untuk solat Tahajud, dan apa saja amalan yang afdal di lakukan di ketika malam masih sunyi sepi, kecuali sesekali kedengaran dengkur dari kawan2 seperjuangan. Actually happy juga aku mendengar berbagai irama dengkur...mengingatkan aku, yang 'I am not alone!' lah kan...

Sekembali ke rumah, aku masih terbawa2 dengan terjaga waktu tengah malam. Satu nikmat pula rasanya dapat bangun malam2 begitu...!

InshaAllah, semoga berkekalan perubahan ini. Kepada para sahabat yang sudah pun mengamalkan berjaga di waktu tengah malam, alhamdullillah~!

1 comment:

  1. Assalammu'alaikum.
    Biasanya, tanpa segan silu, saya mengaku selalu hanya bangun untuk ke bilik air.
    Tetapi setelah baca entri ini, saya tak jadi tidur balik.Terpanggil untuk tarik tikar sembahyang dan solat tahajjud.

    Alhamdulillah Tuan Haji sudah dapat perubahan bangun selepas tengah malam untuk bersolat..bukanlah satu perkara yang senang kecuali betul2 berada depan Kaabah.
    Mungkin diantara tanda2 haji mabrur..Amiin.

    ReplyDelete