Friday, December 2, 2011

Kelahiran "Masih Di Sini"


Pendahuluan

“Masih Di Sini,” itulah jodol buku pertama saya, sebuah koleksi sajak-sajak peribadi.
Bagaikan pungguk yang rindukan bulan, sekeping hati insan yang merindui sering merintih untuk bertemu yang di cintai walaupun hanya di dalam mimpi. Begitulah sajak-sajak di dalam buku ini, walaupun bahasa mungkin berkias, yang tersurat dan tersirat semuanya ikhlas dari hati. Tidak hairan lah jika ada...
kawan-kawan lelaki yang menggelarkan saya sebagai ‘Mat Jiwang’, dan kawan-kawan wanita pula tersalah tafsiran dan menganggap saya menggunakan ‘Ayat power!’ Terpulang lah kan..!

Di lahirkan sebagai anak lelaki tunggal dan juga bungsu, kehidupan saya bermula di dalam suasana persekitaran yang penuh dengan kasih sayang. Padi menguning saujana mata memandang, siulan unggas, desiran angin menyapa daun-daun, dan dinginnya air di perigi. Ayam dan itik riuh berkeliaran, udara segar selepas hujan. Di sana, nun di kampung Kemubu, di situlah saya membesar dan mendapat pendidikan awal. Ke sanalah saya pulang melepaskan kerinduan!
....\...
....
..
(Inshaallah di penghujung Disember 2011)

4 comments:

  1. kudos to u pp...!! keep writing..!!!

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Haji..err..pakai gambar Makkah lagi elok rasanya..dalam jubah dan berkopiah.

    Gambar yang bersinglet dan terboseh ni
    rasanya..err..ni bukan kulit buku Tuan Haji right?
    Baik toksah..walaupun nampak kelakar dan ori.:))

    Banyak gambar2 Tuan Haji yang lebih mesra orientated tanpa ikat kain pelekat ala mamak ghoti canai..^-^

    ReplyDelete
  3. Ahhkay..cantik2..
    Gambar Tuan Haji yang ni perfect!!
    Macam penulis terkenal..:D

    ReplyDelete
  4. May I suggest honestly..for both your upcoming books, put your face on the cover..this one with you facing the Red Sea is very nice and rare..
    Maybe for your English poems..put one of your photos where you cup your face,smile widely and cheekily.Or sleepy-looking..Whateverlah.
    But,you must attract people's attention..
    People want to know..who the hell is this poet? Oghang Melayu? Dok kat Jeddah..waah..etc etc..promote your poems and the poet first..your works are your like your life..

    Well..enough said..reject the opinion if you must..macam lah saya ni terrer sangat!:))

    ReplyDelete