Thursday, August 25, 2011

26 Ogos - Sekali lagi ~!

"File picture 26 Ogos 2007: All of us di Rumah Anak2 Yatim DarulIzzah, Bangi~!
The visit was captured HERE"

Buat kesekian kalinya aku di ingatkan
tarih keramat, tarih berkat, tarih ibu melahirkan
melebarkan senyuman di wajah ibu dengan tangisan
walaupun tangisan pertama itu tanpa airmata
ianya bagaikan memberi petanda
kehidupan yang bakal di lalui
akan ku tempuhi saat2 yang akan aku tangisi
sering tewas dengan godaan nafsu sendiri
kesilapan yang sering di kesali.

Buat kesekian kalinya aku di sedarkan
apabila di hari kelahiran bapa mengalunkan azan
aku di beri peringatan tentang kebesaran Tuhan
dan Rasullullah ada meninggalkan pedoman
dan aku di seru menuju kepada kejayaan
maka aku bersahadah dengan lisan
kemudiannya aku memahami
sudahkah aku bersahadah dengan hati ?

Malam ini,
di ambang peringatan hari kelahiran
aku bersujud syukur dengan segala keistimewaan
kasih sayang yang menyapa diri
kesunyian yang mencuit hati
jatuh dan bangun putaran kehidupan
suka duka permainan perasaan
kenapa di kesali sekiranya nurani ada keimanan
tidak kah aku pasrah ?
bukan kah takdir dari Allah?
cukup kah kesyukuran ku?
atau masih aku hamba kepada nafsu?

Kali ini,
bukan seperti kesekian kali sebelum nya
kerana kali ini aku merentasi mercu petanda
jika waktu yang lima, di kira sudah Asar
jika warna di kanvas, di lihat sudah pudar
jika makanan di saji, di rasa sudah hambar !
Namun hati masih meronta melawan arus
kenapa begini?
sukarnya untuk di mengerti!

Di malam ke duapuluh lima Ramadan ini
sunyi nya alam
hening dan damai
walau pun tiada tangisan
air mata tergenang tanpa ku sedari
tersentuh hati sendiri
menerima kucupan dari isteri
menerima ucapan  dari putera2 dan puteri
menerima doa dan ingatan dari sahabat2 Ehwan Muslimin
menerima Rahmat tanpa sempadan dari Illahi
aku bersyukur
kerana masih lagi di sini!

(2.30 pagi, 26 Ogos 2011)

3 comments:

  1. Happy Birthday PP... Happy & healthy always..

    ReplyDelete
  2. On your birthday, I rejoice you!
    On this special day, your very own
    I’m thinking of all the wonderful things you are
    that bring so much joy to others, including me!
    I celebrate your unconquerable spirit,
    that lets you meet every challenge
    with confidence, enthusiasm and persistence.

    I admire your sensitivity.
    You see needs that cry out to be met
    that no one else sees,
    and you are there for them,
    out of your deep and caring soul,
    out of your wisdom,
    out of your strength.

    I treasure your uniqueness;
    There is no one else like you,
    and I feel blessed to know
    such an extraordinary person.
    I appreciate you, respect you,
    cherish you, look up to you.

    May this birthday be your best birthday ever,
    full of light and laughter,
    a fireworks explosion of joy.
    May this birthday live in your memory forever,
    creating happiness and satisfaction
    whenever you remember it.

    Happy birthday!
    May each new birthday
    be the best one ever for you;
    You truly deserve it!

    Here's to you AM

    ReplyDelete
  3. Pak Pin yang amat saya hormati,

    Saya berdoa dengan sepenuh hati supaya Allah akan terus memberi hidayah kepada Pak Pin agar Pak Pin dapat teruskan all 'the good deeds' yang telah Pak Pin laksanakan sejak awal. Saya juga berdoa semoga Pak Pin dilimpahi rezeki dan nikmat melimpah ruah hingga ke akhirnya.

    Dan semoga kasih sayang antara kita sesama umat Muhammad akan berkekalan hanya kerana Allah.

    ReplyDelete