Wednesday, August 8, 2018

Terlupa sedang sakit jantung....

Sebagai seorang yang sentiasa aktif dan optimis, aku sebenarnya sering terlupa bahawa aku tidak mempunya kesihatan jantung yang sempurna. Terutama bila berhadapan dengan makanan kegemaran, aku terlupa akan pantang. Bila ada aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal aku terlupa bahawa aku tidak punya keupayaan seperti seorang yang sihat sepenuhnya. 
Nasib baik aku tidak pernah terlupa mengambil ubat. Sebenarnya isteri aku sentiasa mengingatkan apabila tiba waktu mengambil ubat, dan ubat apa.

Selepas majlis perkahwinan Zeti pada 7 hb Julai 2017, aku berada di Malaysia sehingga hujung bulan Ogos. 

Beberapa hari sebelum pulang ke Saudi Arabia, aku bertemu doktor pakar untuk mengambil ubat mencukupi untuk tiga bulan. 

Kami selamat tiba ke Saudi dengan selamat. Aku mula bertugas semula sebagai consultant kepada Kementerian Pertanian Saudi Arabia, khususnya kepada Program Transformasi Aquaculture Industry sejajar Vision 2030 negara Saudi. 


Luqman juga kembali ke sekolah untuk menghabiskan course International Baccalaureate (IB) yang di jangka tamat bulan Jun 2018. Kami tertunggu tarih Luqman tamat sekolah dan seterus memasuki Universiti kerana selepas itu kami tidak lagi terpaksa berada di Saudi. Kami akan bebas membuat keputusan samada ingin pulang ke Malaysia, atau pun terus menyambung di sana. Aku dan isteri ada perancangan untuk bersara dan travel to a few places, just the two of us. 

Aku sangat terlupa aku sakit apabila berhadapan dengan peluang memakan masakan daging kambing di Saudi. Beberapa kali ketika di Riyadh aku dan kawan2 ke restoren untuk makan besar. 

 Apa2 pun aku tidak lupa mengambil ubat ! Cuma ubat sahaja terbukti tidak mencukupi. Aku di serang heart attack pada 1 October 2017. Aku akan menulis mengenainya kemudian.

Berkelah di Taif.

Makan makan, kambing

Overnight camping di pesisiran Laut Merah


Riadah, volleybal bersama Amirul (My son)

Umrah bersama keluarga, berfoto bersama Amirul
yang menziarah dari UK di mana beliau belajar.

Kambing lagi....

Majlis makan besar bersama kawan2 Saudi

Kambing lagi...

Dalam tugas, menghadiri mesyuarat

Dalam tugas, di KAUST, seusai mesyuarat.
Sempat ke Dubai on business dan di belanja
makan oleh sahabat2 di sana. 
Jemputan makan (Kambing juga) oleh Haji Imran dan Hjh Zaida...

Monday, August 6, 2018

Seminggu selepas Angio #1 - Majlis Perkahwinan anak perempuan kami

Seminggu selepas Angio # 1 saya menjadi tuan rumah kepada majlis perkahwinan anak perempuan kami, Zeti. Ketika itu, emosi saya belum stabil sepenuhnya setelah terpaksa menerima kenyataan jantung saya ada lima lokasi yang tersumbat. Ditambah pula bermula pengambilan ubat-ubatan. Keadaan kesihatan belum pulih, masih terasa light headed.

Majlis berjalan lancar, Alhamdullillah. Saya memang terasa lemah dan terpaksa duduk beberapa ketika setelah berdiri melayan tetamu-tetamu. Ada tetamu yang mengetahui hal kesihatan saya dan ada juga yang tidak ketahui ketika itu. Saya harap mereka memaafkan sekiranya terdapat kekurangan pada layanan saya.

Memang sangat gembira kerana anak perempuan kami ahirnya selamat diijab kabulkan. Mohd Fathul satu-satunya menantu lelaki kami, kerana Zeti Alyani ialah satu-satunya anak perempuan kami. Bersyukur kepada Allah kerana menemukan mereka di tempat paling istimewa, di Mekah ketika kedua2nya sedang menunaikan ibadah Umrah. Bonda kepada Mohd Fathul sendiri yang telah berkunjung ke rumah kami di Jeddah meminta izin untuk anak lelaki beliau berkenalan dengan Zeti. Begitulah permulaan pertemuan jodoh mereka.

Kami sekeluarga mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang telah hadir untuk menyempurnakan dan menyerikan majlis.

Malam itu aku sujud syukur kerana Allah telah panjangkan usia untuk melihat anakanda perempuan ku tersenyum gembira di hari beliau menjadi isteri kepada Mohd Fathul. Alhamdullillah.

Di bawah ialah foto pasangan pengantin dan sebahagian dari para jemputan yang hadir...









Sunday, August 5, 2018

3rd July 2017: Angiogram #1

Berbekalkan tawakkal kepada Allah, doa dan harapan menggunung, dan beg kecil mengandungi persalinan pakaian, aku dan isteri ke IJN untuk bertemu doktor pakar, Datuk Dr Rosli.
...
Kami di tunjukkan bilik wad dan diberi gaun persediaan untuk procedure angiogram.

a) Bayar deposit

Aku di minta untuk membayar deposit. Banyak juga jumlah nya. Nasib baik mereka menerima pembayaran melalui kad kredit.

b) Cukur hingga togel !

satu kejutan untuk aku ialah diberitahu bahawa seorang tukang cukur akan mencukur bulu kemaluan.

"Beri razor, saya boleh cukur sendiri!" aku mencuba nasib. Nurse yang bertugas mengatakan itu tidak boleh kerana doktor mahu pastikan cukuran mesti bersih.

Aku di bawa dengan kerusi roda ke satu bilik, dan di suruh terlentang di atas katil. Tirai ditarik. Tidak lama kemudian datang seorang lelaki Melayu muda bersama electric razor.

"Saya minta izin selak gaun Pak Cik ya...." Kata pemuda itu.

"Buatlah apa yang patut...tetapi saya rasa sangat malu ni sebenarnya..." Kata ku sambil ketawa kecil.

"Tak perlu malu Pak Cik, ini kerja saya..."

c) Sejuk dan kecut!

Apabila tiba waktunya, aku di tolak ke bilik untuk procedure angiogram di lakukan. Di sana aku di tukar ke stretcher dan di sorong masuk ke tempat menunggu. Sejuknya dalam bilik itu ....dah lah aku telanjang dan hanya berselimut nipis. Bulu pun telah di cukur habis! hahahaha
Kecut beb adik aku di bawah sana....!

d) Macam production line

Sambil menunggu aku sempat melihat stretcher demi stretcher membawa keluar pesakit yang sudah selesai menjalani surgeri atau procedure. Aku memerhati pergerakan pesakit dan merasa lega kerana semua yang aku lihat itu bernafas. Tidak ada yang gagal ! Alhamdullillah, menaikkan sedikit semangat aku.

e) Doa hilangkan gementar

Aku amalkan doa untuk hilang rasa gementar.
"La Takhaf wa la Tahzan Innallahi ma ana"
"Jangan takut dan jangan bersedih, Allah bersama ku".

f) Lama nya menunggu - sampaikan maklumat kepada keluarga

Aku rasakan waktu menunggu terlalu lama dan memikirkan isteri yang menunggu di luar. Supaya isteri tidak risau kenapa aku sudah hampir 90 minit di dalam dan belum keluar, aku minta nurse memberitahu isteri yang aku masih menunggu.

Ini mungkin perkara kecil tetapi sangat besar kesannya untuk isteri atau keluarga yang menunggu di luar. Mereka akan risau.

g) Masuk ke bilik procedure (OT)

Sekali lagi aku ditukar ke stretcher untuk dilakukan procedure angiogram. Sekali lagi aku rasakan kemaluan aku terdedah kepada tontonan nurses di situ walaupun hanya sekejap sebelum mereka menutupi dengan selimut - aduh malu!

Tekanan darah aku naik. Gugup. Almaklum pertama kali melalui pengalaman begitu.

Tiba-tiba hidung pula gatal dan tangan aku tidak dapat menggaru. Aku minta salah seorang nurse untuk tolong garukan hidung. Nurse itu memanggil pula nurse lelaki untuk lakukannya. Okay lah macam tu...ada unsur2 Islam lah jugak. Aku suka.

Penantian untuk doktor tiba lebih kurang 30 minit, dan aku terlentang tanpa boleh bergerak.

Dr Rosli ahirnya berada di sisi aku dan mohon maaf kerana terlewat. Pesakit sebelum aku ada complication, katanya.

Apa2 pun Dr Rosli meminta izin untuk melakukan solat dahulu dan minta aku bersabar menunggu.
Ini pun aku sangat suka....kerana aku tahu nanti tangan yang akan merawat aku dalam keadaan berwuduk!

h) Angiogram

Sakitnya hanya sebentar ketika di suntik ubat pelali (Local Anesthetic). Selepas itu aku tidak rasa apa2 pun.
Satu lagi pengalaman baharu untuk ku ialah, aku dapat melihat probes yang dimasukkan melalui vessels ke jantung ku di skrin besar di sisi.
Doktor pun boleh memberi taklimat semasa mengenai keadaan vessels yang tersumbat dan yang dalam keadaan baik.

Dari permulaan procedure hingga tamat memakan masa 45 minit. Itu pun kerana Doktor melakukan procedure tambahan untuk membuat assessment of my blood flow rate melalui vessels yang tersumbat.

i) Setelah tamat procedure

Setelah tamat procedure Dr Rosli memberitahu aku berita gembira. Tidak perlu buat stenting atau apa2 lain sebab vessels blockages pada tahap tidak critical - iaitu, antara 30 ke 40 peratus sahaja. Memadai dengan mengambil ubat2an kata beliau.

Isteri aku juga di beri taklimat oleh Dr Rosli.

j) Ubat

Pengambil ubat adalah untuk sepanjang hayat, kata doktor. Bil ubat aku lebih kurang RM800 sebulan.  Paling penting ialah ubat cairkan darah, dan ubat kawalan tekanan darah dan juga kawalan cholestrol.

k) Kunjungan sahabat2

Ketika sakit aku sangat gembira apabila sahabat2 datang berkunjung menziarah, baik di hospital atau di rumah. Kunjungan sahabat2 yang bersikap positif memberi kesan yang positif.
Kepada semua yang menziarah di WAD di IJN aku mahu ucapkan jutaan terimakasih.

Begitulah catitan dari pengalaman melalui ANGIOGRAM yang pertama. Ketika itu, aku tidak ketahui yang aku akan lalui banyak kali lagi procedure dan paling tidak aku sangka ialah aku akan mengalami serangan sakit jantung !
Pengalaman serangan sakit jantung akan aku ceritakan kemudian.


Datuk Dr Rosli - The Cardiologist who treated me, and still is!

Among the Family members !
A few of the friends who came to visit....many more !