Hari itu hari terahir aku berpuasa sunat enam hari bulan syawal tahun 2017. Lebih tepat 30 June 2017.
Wan Azman (Wan Jeme) menjemput aku dan isteri untuk berbuka puasa di hotel Majestic Kuala Lumpur. Satu jemputan yang pastinya aku terima dan amat menggembirakan.
Ketika aku mengambil grilled lamb dari kaunter buffet, Wan Jeme bertanya, "Pakpin ada ambil ubat cholestrol kah?"
"Tak ada...masih terkawal..." Kata aku cuba meyakinkan.
![]() |
Bergambar kenangan selepas dinner di Hotel Majestic KL. 30 June 2017 |
Kami makan sambil berbual-bual. Tetamu lain ialah pasangan Nizam Mohammad dan isteri. Berbagai cerita, dan banyak juga berkisar kepada tajuk kesihatan dan pemakanan. Secara berseloroh Wan Jeme mengajak kami untuk berpesta durian pula selepas itu.
Seusai dinner, aku kekenyangan dan terasa sedikit pening. Nasib baik malam itu aku tidak memandu dan memanggil GRAB. Sambil menunggu ketibaan GRAB car, kami berbual-bual lagi.
"I have to sit down, feeling dizzy..." Aku memberitahu Wan dan Nizam.
Nizam yang sedang merokok disebelah ku menjauhi diri kerana disangkanya asap rokok beliau yang membuat aku pening.
Setiba di rumah kami, aku mengambil wuduk untuk solat Isha. Ketika solat di malam itu, masih dalam rakaat pertama, aku terasa seperti akan rebah. Lantas aku meneruskan solat dalam keadaan duduk. Di rakaat terahir, aku mula berpeluh sejuk. Sebaik memberi salam, aku memanggil isteri.
"Sayang, bawa abang ke hospital...rasa tak sedap badan !" Kata ku cuba tidak memberi kejutan.
"How do you feel?"
"Pening dan berpeluh...."
"Jantung ka bang?"
"Entahlah...kita ke Colombia hospital lah...tak jauh sangat.."
Isteri mengejutkan anak kami Ahmad Fariz yang sudah tidur untuk memandu dan menemani.
Kami tiba di emergency department hospital Columbia Setapak lebih kurang jam 11 malam. Pemeriksaan ECG dan darah dilakukan.
"Tuan menunjukkan simpton sakit jantung. Malam ini kita admit di hospital dan esok boleh jumpa doktor pakar jantung ..." Doktor yang bertugas malam itu memberitahu.
Aku berbincang dengan isteri dan berpendapat malam itu aku boleh pulang untuk berehat di rumah sahaja. Hasrat aku untuk pulang dibantah oleh doktor bertugas. Beliau bertegas aku mesti dimasukkan ke wad.
Atas sikap degil dan kebolehan meyakinkan, aku mengisi borang mengambil tanggung jawap sepenuh nya atas apa2 risiko kesihatan dan mengecualikan pihak hospital dari sebarang tanggung jawap. Dengan borang yang diisi dan ditanda tangan mereka memberi ubatan dan membenarkan aku pulang.
Esoknya, 1 July 2017, pagi2 lagi aku bersama isteri ke Mahameru International Medical Center, di Jalan Maarof Bangsar untuk membuat PET SCAN.
Ketika berdepan dengan doktor yang memberitahu keputusan pemeriksaan, aku berdebar-debar.
"Encik Ariffin, i am sorry to inform the bad news. Your diagnosis result is not good. You have five location of vessel blockages. Two of them quite severe. According to our standards, you are classified as high risk and has a 25 % chance of having a heart attack anytime..."
Pertama kali mendengar berita itu bagaikan bebanan berat menghempap jiwa raga ku.
"I advise, immediately you go to see a cardiologist...." Kata doktor.
"Ada ubat kah doktor?" Tanya ku.
"I will give you a spray. Don't leave home without it. In case you get a heart attack, spray under your tongue. This will give you enough time to reach a hospital..." Kata doktor tanpa sebarang emosi berlebihan. Aku yang bergelora dengan emosi ketika itu.
Doktor menerangkan keadaan images dari PET SCAN. Ada lima lokasi di mana image putih yang aku diberitahu ialah calcium telah menyempitkan saluran darah di arteries jantung.
"Through this image we can't be certain the percentage of blockages. You will need to go through angiogram to find out. Your cardiologist can advise you...tetapi dari image of the scanning computer membuat estimate dan didapati agak severe..." Kata doktor.
Aku tidak bersedia untuk menerima berita yang aku adalah berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung. Aku panic. Aku baca report dari doktor tadi berulang kali. Tidak mungkin aku ada sakit jantung! Aku masih dalam denial...
"It is better that we know about this bang....at least we can do something about it..." Kata isteri ku.
"Ya, esok kita ke IJN ya..." Suara aku perlahan.
"Ya, kita cari Datuk Dr Rosli...he is good! Isteri dia pun ex TKC? " Kata isteri.
"My friend Dr Ishak pun rekomen doktor yang sama. In fact Dr Ishak sudah beritahu Dr Rosli mengenai abang...." Aku menunjukkan Watsapp message dari Dr Ishak Mas'ud.
Malam itu berlalu terlalu perlahan. Aku tidak sabar menunggu siang untuk berjumpa Datuk Dr Rosli, seorang doktor pakar jantung di IJN. Aku masih menyimpan harapan untuk diberitahu esok bahawa diagnosis dari PET SCAN itu salah....bahawa aku tidak ada penyakit jantung !
dalam gambar pakpin nampak berisi.
ReplyDeletesekarang dah kurus. keep it up.