...
Kami di tunjukkan bilik wad dan diberi gaun persediaan untuk procedure angiogram.
a) Bayar deposit
Aku di minta untuk membayar deposit. Banyak juga jumlah nya. Nasib baik mereka menerima pembayaran melalui kad kredit.
b) Cukur hingga togel !
satu kejutan untuk aku ialah diberitahu bahawa seorang tukang cukur akan mencukur bulu kemaluan.
"Beri razor, saya boleh cukur sendiri!" aku mencuba nasib. Nurse yang bertugas mengatakan itu tidak boleh kerana doktor mahu pastikan cukuran mesti bersih.
Aku di bawa dengan kerusi roda ke satu bilik, dan di suruh terlentang di atas katil. Tirai ditarik. Tidak lama kemudian datang seorang lelaki Melayu muda bersama electric razor.
"Saya minta izin selak gaun Pak Cik ya...." Kata pemuda itu.
"Buatlah apa yang patut...tetapi saya rasa sangat malu ni sebenarnya..." Kata ku sambil ketawa kecil.
"Tak perlu malu Pak Cik, ini kerja saya..."
c) Sejuk dan kecut!
Apabila tiba waktunya, aku di tolak ke bilik untuk procedure angiogram di lakukan. Di sana aku di tukar ke stretcher dan di sorong masuk ke tempat menunggu. Sejuknya dalam bilik itu ....dah lah aku telanjang dan hanya berselimut nipis. Bulu pun telah di cukur habis! hahahaha
Kecut beb adik aku di bawah sana....!
d) Macam production line
Sambil menunggu aku sempat melihat stretcher demi stretcher membawa keluar pesakit yang sudah selesai menjalani surgeri atau procedure. Aku memerhati pergerakan pesakit dan merasa lega kerana semua yang aku lihat itu bernafas. Tidak ada yang gagal ! Alhamdullillah, menaikkan sedikit semangat aku.
e) Doa hilangkan gementar
Aku amalkan doa untuk hilang rasa gementar.
"La Takhaf wa la Tahzan Innallahi ma ana"
"Jangan takut dan jangan bersedih, Allah bersama ku".
f) Lama nya menunggu - sampaikan maklumat kepada keluarga
Aku rasakan waktu menunggu terlalu lama dan memikirkan isteri yang menunggu di luar. Supaya isteri tidak risau kenapa aku sudah hampir 90 minit di dalam dan belum keluar, aku minta nurse memberitahu isteri yang aku masih menunggu.
Ini mungkin perkara kecil tetapi sangat besar kesannya untuk isteri atau keluarga yang menunggu di luar. Mereka akan risau.
g) Masuk ke bilik procedure (OT)
Sekali lagi aku ditukar ke stretcher untuk dilakukan procedure angiogram. Sekali lagi aku rasakan kemaluan aku terdedah kepada tontonan nurses di situ walaupun hanya sekejap sebelum mereka menutupi dengan selimut - aduh malu!
Tekanan darah aku naik. Gugup. Almaklum pertama kali melalui pengalaman begitu.
Tiba-tiba hidung pula gatal dan tangan aku tidak dapat menggaru. Aku minta salah seorang nurse untuk tolong garukan hidung. Nurse itu memanggil pula nurse lelaki untuk lakukannya. Okay lah macam tu...ada unsur2 Islam lah jugak. Aku suka.
Penantian untuk doktor tiba lebih kurang 30 minit, dan aku terlentang tanpa boleh bergerak.
Dr Rosli ahirnya berada di sisi aku dan mohon maaf kerana terlewat. Pesakit sebelum aku ada complication, katanya.
Apa2 pun Dr Rosli meminta izin untuk melakukan solat dahulu dan minta aku bersabar menunggu.
Ini pun aku sangat suka....kerana aku tahu nanti tangan yang akan merawat aku dalam keadaan berwuduk!
h) Angiogram
Sakitnya hanya sebentar ketika di suntik ubat pelali (Local Anesthetic). Selepas itu aku tidak rasa apa2 pun.
Satu lagi pengalaman baharu untuk ku ialah, aku dapat melihat probes yang dimasukkan melalui vessels ke jantung ku di skrin besar di sisi.
Doktor pun boleh memberi taklimat semasa mengenai keadaan vessels yang tersumbat dan yang dalam keadaan baik.
Dari permulaan procedure hingga tamat memakan masa 45 minit. Itu pun kerana Doktor melakukan procedure tambahan untuk membuat assessment of my blood flow rate melalui vessels yang tersumbat.
i) Setelah tamat procedure
Setelah tamat procedure Dr Rosli memberitahu aku berita gembira. Tidak perlu buat stenting atau apa2 lain sebab vessels blockages pada tahap tidak critical - iaitu, antara 30 ke 40 peratus sahaja. Memadai dengan mengambil ubat2an kata beliau.
Isteri aku juga di beri taklimat oleh Dr Rosli.
j) Ubat
Pengambil ubat adalah untuk sepanjang hayat, kata doktor. Bil ubat aku lebih kurang RM800 sebulan. Paling penting ialah ubat cairkan darah, dan ubat kawalan tekanan darah dan juga kawalan cholestrol.
k) Kunjungan sahabat2
Ketika sakit aku sangat gembira apabila sahabat2 datang berkunjung menziarah, baik di hospital atau di rumah. Kunjungan sahabat2 yang bersikap positif memberi kesan yang positif.
Kepada semua yang menziarah di WAD di IJN aku mahu ucapkan jutaan terimakasih.
Begitulah catitan dari pengalaman melalui ANGIOGRAM yang pertama. Ketika itu, aku tidak ketahui yang aku akan lalui banyak kali lagi procedure dan paling tidak aku sangka ialah aku akan mengalami serangan sakit jantung !
Pengalaman serangan sakit jantung akan aku ceritakan kemudian.
![]() |
Datuk Dr Rosli - The Cardiologist who treated me, and still is! |
![]() |
Among the Family members ! |
![]() |
A few of the friends who came to visit....many more ! |
No comments:
Post a Comment