Saturday, August 4, 2018

Tanda2 sebelum diserang penyakit


Siapa yang mengenali ku akan memberitau, aku seorang yang aktif. Tidak tahu duduk diam. Tetapi tidak aktif secara fizikal. Aku aktif sebagai seorang profesional dengan buah fikiran dan menyelesaikan masaalah syarikat, Aktiviti riadah kalau pun aku ikuti, hanya sebagai pengisi masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Tidak ada regim disiplin yang teratur.

Sejak usia muda aku tidak pernah mengalami penyakit yang memerlukan aku berada di hospital apa lagi di meja bedah. Sejarah kesihatan, setakat yang diketahui adalah agak bagus. Kalau ada pun penyakit hanyalah sesekali di serang ghout, yang dikenali sebagai 'penyakit orang kaya' kerana pengidap penyakit ini selalunya suka memakan daging dan makanan laut. Satu lagi penyakit yang sudah agak lama aku alami ialah slipped disc. Tidak terlalu serious walaupun aku terpaksa mengelak dari membawa atau mengangkat benda berat.

Tidak ada sejarah penyakit jantung, tetapi beberapa ciri2 seperti mengundang penyakit yang di gelar the silent killer ini.

a) Kolestrol. Satu perkara yang aku mungkin telah mengambil mudah ialah bacaan kolestrol setiap kali membuat pemeriksaan darah. Tahap kolestrol tinggi dan doktor pernah prescribed ubatan mengawal, tetapi aku abaikan.

Pengajaran #1 di sini ialah, jangan abaikan nasihat doktor.

b) Makanan dan Exercise. Aku rajin bekerja tetapi malas membuat exercise. Jika pun sesekali bersemangat membuat exercise, aku tidak gigih dan patuh kepada regim exercise yang berdisiplin. Ditambah pula dengan faktor pemakanan yang tidak terkawal. Kegemaran aku ketika di Saudi ialah memakan daging kambing dan lain2 makanan yang tinggi kandungan kolestrol dan lemak.

Pengajaran # 2; imbangkan pemakanan dan regular exercise untuk gaya hidup sehat.

c) Berat badan. Secara tidak sedar, berat badan aku meningkat naik hingga 96 kg. Cara pemakanan yang tidak terkawal tanpa exercise adalah punca utama. Seluar pun terpaksa ditukar kepada size pinggal 38 inci.

Pengajaran #3: Kawal berat badan, ikut panduan Body Mass Index (BMI). Untuk ketinggian 175cm, berat badan ku tidak seharusnya melebihi 78 kg.

d) Stress Management. Punca silent killer yang utama ialah stress. Datangnya tidak diminta. Demi mengejar matlamat kerjaya dan bertugas di negara asing dengan berbagai bangsa membawa punca stress yang berbagai. Jika tidak pandai mengawal memang boleh memberi kesan buruk kepada tekanan darah dan kesihatan jantung. On hindsight, dalam perkiraan ku, stress dari tempat kerja ialah punca utama yang memberi kesan tidak baik kepada jantung ku. Jika diperhalusi, my own high expectation from myself dan juga menjadi orang kanan kepada seorang bos yg juga tuan punya syarikat diantara punca stress yang kerap dialami.

Pengajaran #4 ialah mengawal stress dengan mengenal pasti punca2nya, mengelakkan terlibat secara berterusan dengan punca stress dan mengawal temperament dengan baik.

e) Mengah. Memang aku senang mengah. Simpton ini sejak dari usia aku empat puluhan ketika bertugas di Singapura. Namun aku kaitkan simpton mencungap dan semput itu dengan kurang stamina kerana kurang exercise. Sekarang simpton mengah dan semput yang aku alami telah dikaitkan dengan injap aorta jantung yang kebocoran oleh doktor pakar!

Pengajaran #5 ialah untuk membuat pemeriksaan rapi dan mendapat nasihat doktor atas simpton yang melibatkan kurang upaya fizikal.

Semua di atas itu hanya aku sedari setelah mendapat serangan sakit jantung pada bulan Oktober 2017. Aku akan menulis lebih lanjut mengenai episod itu kemudian.



Foto perbandingan 2018 dan 2015.
2018
2015
July 2017 - 1st time Angiogram

Aug 2018 - 5th Angiogram





No comments:

Post a Comment