Seminggu selepas Angio # 1 saya menjadi tuan rumah kepada majlis perkahwinan anak perempuan kami, Zeti. Ketika itu, emosi saya belum stabil sepenuhnya setelah terpaksa menerima kenyataan jantung saya ada lima lokasi yang tersumbat. Ditambah pula bermula pengambilan ubat-ubatan. Keadaan kesihatan belum pulih, masih terasa light headed.
Majlis berjalan lancar, Alhamdullillah. Saya memang terasa lemah dan terpaksa duduk beberapa ketika setelah berdiri melayan tetamu-tetamu. Ada tetamu yang mengetahui hal kesihatan saya dan ada juga yang tidak ketahui ketika itu. Saya harap mereka memaafkan sekiranya terdapat kekurangan pada layanan saya.
Memang sangat gembira kerana anak perempuan kami ahirnya selamat diijab kabulkan. Mohd Fathul satu-satunya menantu lelaki kami, kerana Zeti Alyani ialah satu-satunya anak perempuan kami. Bersyukur kepada Allah kerana menemukan mereka di tempat paling istimewa, di Mekah ketika kedua2nya sedang menunaikan ibadah Umrah. Bonda kepada Mohd Fathul sendiri yang telah berkunjung ke rumah kami di Jeddah meminta izin untuk anak lelaki beliau berkenalan dengan Zeti. Begitulah permulaan pertemuan jodoh mereka.
Kami sekeluarga mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang telah hadir untuk menyempurnakan dan menyerikan majlis.
Malam itu aku sujud syukur kerana Allah telah panjangkan usia untuk melihat anakanda perempuan ku tersenyum gembira di hari beliau menjadi isteri kepada Mohd Fathul. Alhamdullillah.
Di bawah ialah foto pasangan pengantin dan sebahagian dari para jemputan yang hadir...
pakpin masih mampu tersenyum walaupun tidak sihat. tahniah kerana menerima menantu.
ReplyDelete