Friday, August 12, 2011

Cinta, tanpa bara, dingin tidak bermaya!

"Abang tu memang baik hati tidak bertempat, dan marah pun tidak bertempat!" 
Suara Lina masih terngiang-ngiang di telinga Idham. Bukan sekali, bukan dua kali, dan tidak juga tiga kali. Bah kan sudah beberapa kali Idham tersungkur, tertiarap, jatuh bagai kan nangka berulat di tangkai.  Dan setiap kali itu juga Lina telah mengulangi kata-kata yang di anggap Idham sebagai berpuaka.

Berbedzanya, kali ini waktu dia di sentakkan oleh kecurangan kekasihnya, Lina tiada untuk mendengar rintihan hatinya yang remuk terluka. Lina juga sudah tiada untuk mengulangi kata-kata puakanya. 

Lina sudah pergi.

Perkahwinan mereka yang telah memasuki tahun ke lima belas roboh bersepai juga ahirnya. Mereka cuba bertahan. Sudah dua kali sebelum perceraian berlaku Lina lari meninggalkan rumah yang di hiasi oleh kecurangan suaminya. Dua kali itu juga Idham berjaya memujuk. Berjanji dan bersumpah untuk tidak mengulangi kesalahan lalu. 

Kali ketiga, Lina nekad! Setelah puas memujuk dan merayu, Idham pasrah. Mereka bercerai talak satu.


Lina yang keluar dari rumah perkahwinan mereka, pulang ke kampung untuk merawat hati yang luka. Anak tunggal mereka, Elis, yang sedang belajar di Kanada mengambil sikap tak kisah.
"What ever you guys decide, I am cool~!" begitu jawapan Elis di telefon apabila Lina memberitahu tentang perceraian itu. Sempat juga Elis meminta, "Oh by the way mom, please tell dad to transfer 200 dollars into my account~!"

Mahu saja Lina menyuruh Elis memberitahu sendiri kepada bapa nya. Kewarasan seorang ibu membuat dia akur dan berjanji dengan Elis, duit tadi akan di hantar dengan segera.

Lina tidak memberitahu Idham. Sebaleknya, dia sendiri yang pergi ke Bank dan menghantar wang itu kepada Elis. Sengaja dia tidak mahu mengganggu Idham yang ketika itu mungkin sedang bergembira dengan Suraya, kekasih baru Idham yang baru 3 bulan di kenali, tetapi sudah beberapa kali Lina terjumpa bil hotel di dalam beg kerja Idham. 'The final straw' untuk Lina ialah apabila dia terjumpa se peket kondom di dalam beg yang sama. Di malam itu juga dia keluar dari rumah sebulat hati untuk tidak menoleh ke belakang lagi!

Suraya berusia 27 tahun, lima belas tahun lebih muda dari Idham, dan dua belas tahun muda dari Lina. Seorang pramugari dengan AirBohsia air-line, Suraya pandai bergaya dan menggoda. Pada awal perceraian, Lina membuat siasatan terhadap latar belakang dan aktiviti Suraya. Catitan nya begini:

1. Ibu bapa bercerai waktu dia berusia tujuh tahun. Di besarkan oleh ibu saudara setelah ibunya sakit mental, dan bapanya di penjara kerana kes rompak.
2. Pernah di hantar ke pusat pemulihan kerana terlibat dengan 'aktiviti pelacuran' sewaktu di sekolah menengah.
3. Pernah dua kali menggugurkan anak di luar nikah. Bapa kepada bayi tidak di ketahui.
4. Kekasih terahir sebelum Idham ialah seorang penyanyi kelab malam, pemabuk dan sering memukul kekasihnya Suraya.

Intipan yang di lakukan Lina membuktikan Suraya bermain kayu tiga. Ketika Idham di pejabat, sudah beberapa kali Lina melihat sendiri bagaimana Suraya keluar masuk hotel dengan lelaki lain. Termasuklah dengan staff dari pejabat Idham sendiri. Apa lagi apabila Idham terbang ke seberang laut di atas urusan tugas, Suraya bermalam di hotel atau di kediaman lelaki yang silih berganti. 

Pada awalnya, Lina ingin memberitahu Idham. Dia kesian melihat bekas suaminya di tipu begitu rupa oleh perempuan jalang itu. Namun, sakit hatinya terhadap Idham belum sembuh. Dia memilih untuk membisu, dan membakar kertas catitan dari siasatan dan intipan.

"Nasib kamu lah Idham~!" Begitu ahirnya rungutan hati kecil Lina.

Tanpa di ketahui Lina, di waktu yang sama  dia membakar kertas catitan siasatan, Idham baru di panah halilintar penangan Suraya~!

Idham berdiri dari meja komputer. Di skrin masih terbentang perbualan dia dengan Suraya sebentar tadi. Perbualan di g-talk dengan Suraya yang di dalam tugas penerbangan ke London. Kenapa Suraya tidak dapat meninggalkan bilik hotel buat seketika untuk berbual di telefon? Kecurigaan dan prasangka menggigit hati dan jantung Idham.

Suraya: We need to talk. 
Idham : ok, I will call you.
Suraya: No, I am sharing room with my colleague. we can talk here.
Idham : Who? 
Suraya: Crew member lah!
Idham : And you can't leave the room for a few minutes?
Suraya: Cold outside. We talk here. 
Idham: Okey...tell me.
Suraya: I want out. It is not going to work out, you and me...
Idham: But why?
Suraya: Isn't it obvious Idham. We belong to different group...you don't even know any of my friend!
Idham: Just like that? How about me...
Suraya: You are smart enough to figure out what to do with yourself Idham. We are over, okey! 

Di saat menerima kata-kata ahir dari Suraya itu, Idham memaksa dirinya menalifon Suraya. Klik! Suraya mematikan talifon.

Bagai seorang penasaran, Idham bercakap sendirian. Beberapa perkataan memaki hamun terkeluar dari mulutnya. Dia tidak mati akal. Dia menalifon hotel tempat penginapan crew AirBohsia dan meminta di sambung ke bilik Suraya Alias.

"Hello!" Jawap suara lelaki, garau!

"I want to speak with Suraya please..." Terketar-ketar suara Idham.

"She is in the bathroom. Who are you?" Jawap lelaki garau.

Klik. Kali ini Idham pula yang meletakkan talipon.

Idham mencari kotak Dunhill yang telah tiga bulan tidak terusik. Tiga bulan tanpa nikotin, dan pada hari itu, dia bagaikan seorang yang ketagih. Sebatang demi sebatang rokok di pasang, di sedut membawa asap berkepulan memenuhi setiap ruang di dalam paru-parunya. 

Idham duduk di atas sofa. Punggung nya di birai sofa. Sebatang lagi rokok baru di pasang di celah jari. Abu dari rokok di biarkan jatuh ke lantai. Dia cuba mengimbas kembali bagaimana dia pertama kali bertemu  Suraya.

Waktu itu, Idham penumpang bisnes kelas, juga di dalam penerbangan dari Malaysia ke London. Suraya pramugari bertugas menjual barangan di dalam penerbangan. Ketika Suraya melintas kerusinya, Idham di sentak oleh perfume yang di pakai Suraya.

"Nice...." Idham berbisik.

"Excuse me sir, what did you say you want to buy ?" Jawap Suraya sambil berundur kembali ke kerusi Idham. Mata mereka bertemu. Idham, seperti pengalaman sebelumnya, mula menjerat. Dia mengukir senyuman. Satu senyuman yang nampak seperti malu, tetapi sebenarnya begitu berkesan untuk menggoda.

"Oh...i said, I want to buy something very nice..." Begitu bisik Idham. Lirikan matanya mencuri pandang ke lurah payu dara Suraya.

"Oh...that very nice thing is not for sale..." Jawap Suraya, melayan permainan Idham. 

"Then, I am not interested to buy....can I have for free ..." Hebat kata-kata seorang Kasanova Melayu!

"Depends...I need to finish selling first, and I will be back to find out how you plan to have the very nice thing for free..." Dengan itu, Suraya pula mencuri pandang ke seluar Idham, di bahagian berzip. Hebat! Fikir Suraya apabila melihat anggota Idham yang sudah mula menunjukkan potensi!

Setibanya mereka di Kota London, Idham dan Suraya bagaikan dua merpati sejoli di Trafalgar Square, jinak makan di tangan, dan jinak lagi apabila di dalam bilik hotel. Makan dan mematuk di tangan dan di mana jua mengikut keghairahan semasa. Di waktu pertemuan pertama kali itu lah Suraya membuat panggilan memutuskan hubungannya dengan bekas kekasihnya, penyanyi kelab malam pemabuk itu.

Sakit!
Hati Idham ngilu, perit dan sakit bagai di hiris sembilu. What goes around comes around. Kali ini tiba giliran dia pula. Paling dia sakit hati ialah, baru dua minggu dia kehilangan lima puluh ribu Singapore dollars, ketika dia dan Suraya ke Kasino di Sands Singapore. Ketika dia bermain black-jack, Suraya pula asyek meminta duit darinya untuk pergi bermain di meja Roullette. Di penghujung malam, Idham hilang ke semua tiga puluh ribu tunai yang di bawa, dan hilang juga dua puluh ribu yang di keluarkan dari kad kreditnya. Lebih dari separuh dari jumlah itu telah di habiskan oleh Suraya. 

Begitu fikir Idham. Tetapi Suraya lebih licit dari yang di sangkakan Idham. Suraya tidak menggunakan kesemua wang yang di minta dari Idham di meja judi, sebaleknya, telah di simpan dengan penuh hati-hati dan rahsia. Modus operandi Suraya mengikis wang Idham begitu licin, mengalahkan cara Mafia dari negara Rusia!

Apabila tiba di bilik hotel mereka di Singapore pada malam itu, Suraya terus pula berdrama. Airmata penyesalan nya menitis ke pipi. Menyesal kerana menghabiskan wang Idham, kononnya!
Ke esokannya, Idham pergi lagi ke Bank dan mengeluarkan sepuloh ribu lagi untuk Suraya shopping, sebagai bukti, kononnya, Idham tak kesah pun dengan kehilangan pada malam sebelumnya.

"Abang tu memang baik hati tidak bertempat!" Kata-kata Lina yang bergema di dalam kepalanya membuat Idham tidak dapat mengawal perasaan. Dia menyarungkan Jeans dan memakai sneakers Nike kegemarannya, dan memecut kereta ke apartment sewaan Suraya. Di pertengahan jalan dia berhenti di petrol station dan membeli sebotol besar gasoline.

Nekad! Dia akan membakar kereta BMW 318i yang di hadiahkan kepada Suraya. 
"Biar padan muka kamu!" Kata nya bengis!

Idham memandu terus ke parking lot di tingkat satu. Dari jauh dia sudah dapat melihat kereta hitam, hadiah istimewa hari jadi Suraya yang ke dua puloh tujuh, dan juga sempena 'his marriage proposal' kepada Suraya. 

Idham memandu kembali turun ke ground floor dan parking keretanya berhampiran dengan pintu keluar tanpa mematikan injin. Kemudian dengan botol gasoline di tangan dia bergegas berlari naik ke tingkat satu mengikuti tangga.

Sebaik dia selesai menjirus kereta mewah hadiahnya kepada Suraya dengan gasoline dan bersedia menyalakan pemetik api, Lina muncul dengan tiba-tiba dari belakang kereta itu. Bersamanya, Elis. Dua wanita yang pernah begitu di sayangi di dalam hidupnya tiba-tiba berada di situ. Kenapa dan bagaimana? Fikirannya tertanya-tanya bagaikan bedilan senapang gajah memercik di dalam kepalanya.

"Dad, don't!" Kata Elis, tegas.

"Id....Idham...We are here to talk with you...we want you back in our lives...~!" Kata Lina di dalam sedu.

Segala kemarahannya terhadap Suraya hilang, bagai hilangnya gasoline di tiup angin petang. Kedua kakinya lemah. Dia terduduk. Tanpa sepatah kata, Idham hanya mampu memekap kedua belah tangannya ke muka.

Lina dan Elis menghampiri. Mereka memegang tangan Idham, memimpinnya bangun berdiri. 

"Dad...I have passed my final exams, and I want you and mom to attend my convocation...please dad~!" Elis merangkul pinggal Idham. 

Pertama kali di dalam hidupnya, Idham memeluk seorang perempuan tanpa di dorong nafsu. Kasihnya terhadap seorang anak, menyentap denyut nadinya Dia membiarkan airmata mengalir ke pipi.

'Take this...and let us go book our tickets~!" Kata Lina menghulur kertas tisu untuk Idham menyapu airmatanya. 

Elis memegang tangan kanan Idham dan tangan kiri ibunya Lina lantas terus berkata, "Dad, Mom, I want you to be kind to each other, and to be together as my parents !" 

Mereka bertiga berpelukan.

"I love you bang..."Bisik Lina sambil matanya mencari mata Idham, "Maaf kan saya kerana tidak memberitahu abang sekerap yang abang mahu....!"

"You know I have always loved you...and still am~!" Bisik Idham.

8 comments:

  1. Another masterpiece as usual. You must lead a very interesting life pP, knowing so many people with such fascinating stories that you share with us. Otherwise you have such a wild imagination, and that makes you really amazing ;)

    ~esum~

    ReplyDelete
  2. Esum ... thank you for your vote of confidence.
    pls come again.

    ReplyDelete
  3. pP, I like to think I'm your biggest fan (pun intended!), so you have to worry not, I will indeed come often, just for this masterpieces.

    ~esum~

    ReplyDelete
  4. Esum...'Biggest' is ur 'pun' ermmm...are u male or female...any clues / hints on your identity...uhuks~!

    ReplyDelete
  5. pP, I like to think I'm asexual, I may look like a true woman, but I've been told my take on life is purely manly.

    As of my identity, you may think you already know me, but you don't + there's also a possibility that you already know, you just don't know it *wink* I could be the last person you shared coffee with... ahakss

    And 'biggest' isn't the pun, it's yours *cough*

    ReplyDelete
  6. Esum...aha...see, you forgot to sign off! And, you think you are having the last laugh...but the control is in my hands...from now onwards, anonymous comments will no longer be allowed...hahaha ~!

    ps: the last person i had coffee with was a guy from Riyadh...ermmm~!

    ReplyDelete
  7. o wise pP, this got you thinking, didn't it?

    Just like in Godfather - "I didn't know who you were with."

    ~yes it's me, esum~

    ReplyDelete
  8. Clap! Clap! Clap! I like. Thanks, PP.

    ReplyDelete