Pening. Memang pening Jusoh Anak Tokey getah di Bukit Mas itu memikirkan. Sejak enam bulan dia memikirkan dan belum dapat membuat keputusan. Masaalahnya, dia tidak mempunyai banyak masa lagi. Besuk dia harus memberitahu Wok Lijoh, siapa yang dia pilih. Ini semua gara-gara Sudin Tok-Jogho sudah merisik bunga di taman yang sama.
“Bakpo gak mu susoh bena nok buat pilihae nie Jusoh?” Tanya Wok Lijoh.
“Ambo sayae keduo2. Ambo nok duo2 tu lah Wok” Kata Jusoh sambil muka Wok Lijoh terkebil kebil kehairanan.
“Mu tahu bukae – mu keno pilih satu jah. Oghe gedebe pun dok leh pasae duo Soh...tenguk Mat Jo kaki gocah tu pun soghe jah ....payah nak duo nih!” Wok Lijoh memang penyabar orangnya. Maklum lah orang lama yang sudah kenal sangat hati anak anak muda.
“Tu la tu…Payah ambo nok pilih. Ambo suko duo2 nih. Lamo doh amo dok fikir nih. Bakpo Payahnyo nok duo tu Wok?” Jusoh masih buntu. Bukan dia tamak – Cuma dia tak sanggup terlepas salah satu ke tangan orang lain.

"Payah la Soh.....jangae dok tra lah!" Wok Lijoh mengeleng-ngeleng kepala.
Mek Yah ( gambar hiasan )
Mek Yah menyapu sampah yang tidak ada lagi di laman rumahnya. Sejak pagi dia menunggu kelibat Jusoh. Sudah berkali2 Mek Yah menyapu tempat yang sama. Bukan sahaja sampah malah pasir dan debu di kawasan tu pun sudah ketandusan. Mungkin begitu juga lah hati Mek Yah sejak kebelakangan ini – tandus! Dia menyimpan perasaan. Sudah lima tahun dia bercinta dengan Jusoh. Cuma Jusoh belum pasti sama ada bercinta atau tidak dengan Mek Yah. Sudah berulang kali dia memulakan perbualan mengenai zuriat, pasal rumah dan tangga. Namun Jusoh masih membisu seribu bahasa – belum ada tanda2 yang dia akan masuk meminang. Sudah bergantang2 beras Mek Yah tanakkan nasik dagang untuk Jusoh – berbagai2 jenis lauk, dari gulai lemak telur itik, ikan aya, daging kerbau, dan hati ayam. Semua dia sudah masakkan – semuanya kerana Jusoh suka makan nasik dagang. Setiap kali makan juga Jusoh memuji masakan Mek Yah. Jusoh juga sering memuji kecantikan Mek Yah yang ada iras2 wajah Pelakun seangkatan dengan P Ramlee - Zaiton yang bertahi lalat di atas bibir. Ibu Mek Yah sudah naik fed-up juga memerhatikan kerenah dua merpati yang bagaikan tidak sejoli itu.

"Ngabihkan Bogheh jah si Jusoh tu Mek Yah!" ibunya pernah merungut. Sering juga ibunya membawa Mek Yah mandi bunga - minta2 Jusoh terbuka hati. Namun setiap kali habis saja makan dan memuji – setiap kali itu lah Jusoh mencari hal untuk menyakiti hati Mek Yah kembali. Ada-ada saja yang tak kena. Hinggakan warna kain batek sarong yang Mek Yah pakai pun tidak di sukainya. Mana tak makan hati budak perempuan sembilan belas tahun yang hanya bersekolah hingga darjah tiga itu. Bagi ibu Mek Yah, Jusoh lah satu2 nya harapan untuk merasai hidup senang.....harta bapak Jusoh tak habis makan anak cucu hingga tujuh keturunan, begitulah pernah dia berbisik dengan Mek Yah. Matahari sudah condong ke Barat, menandakan sudah banyak waktu Zohor. Namun Mek Yah dengan rambut yang menggerbang belum tergerak untuk bersiap-siap menyempurnakan Solat.
Mek Yam ( gambar hiasan )
Mek Yam ( gambar hiasan )
Mek Yam masih di cermin menyisir rambut nya apabila ibunya memanggil supaya turun ke beranda. “Yae!!! Jusoh sapa doh nie – maghi lah ajok dio naik”
Ibu Mek Yam cukup berkenan kepada Jusoh. Cara Jusoh bersopan santun, malu-malu kucing tu cukup memikat hati ibu Mek Yam. Walaupun ada desas desus mengatakan dia sebenarnya terpikat dengan anak Tokey getah tu kerana bakal mempusakai beratus ekar kebun getah, itu tidak penting untuk nya. Pernah dengan sengaja dia meminta Jusoh azankan waktu solat Zuhur di rumahnya, sebagai menilai keupayan Jusoh membimbing Mek Yam ke arah isteri solehah nanti. Dia sering tersenyum puas mengingati bagaimana Jusoh begitu gugup waktu itu.
Mek Yam memerhati wajahnya di cermin buat kali terahir sebelum dia mengena kan kain tudung berwarna hitam – dan dia berpuas hati dengan celak di keningnya, bedak cuticura yang memutihi pipi tembamnya dan bibir mungilnya juga merah dengan warna gincu jenama Ives Sen Loren dari Golok. Sempat dia mengenyit mata kepada wajahnya sendiri di cermin sebelum bergegas ke bawah. Dia tahu dia tidak secantik Mek Yah – sebab itu lah dia terpaksa lebih berusaha di depan cermin. Jusoh juga jarang memuji ke ayuannya - tapi dia tahu Jusoh suka merenung wajahnya bila dia tidak melihat.

“Abe Soh . naik lah. Nasik kerabu tu pun masak doh!” Manja bunyi cara Mek Yam mempelawa.
“Nasik Kera Bu ka Kera bapak tu Yae masak ko abe Soh?” Gurau Jusoh, satu lawak yang tak berapa cerdik. Tapi Mek Yam yang lagi kurang cerdik tidak menangkap lawak blur Jusoh itu, hanya mampu terkebil-kebil.
Wok Lijoh yang masih memerhati Jusoh melayari lamunan nya sendiri, tetiba bertanya kan soalan yang mungkin boleh membantu Jusoh membuat pilihan.
“Soh…mu tahu ko ciri2 calun isteri yang di syorkan oleh ugama kita?”
Jusoh mengangguk kepala, tapi tidak berani mengangkat muka. Huh, ni mesti dia tak tahu ni fikir Wok Lijah sendirian.
“Ugama kita memberi ciri2 bakal isteri yang di galakkan....
1. beriman & solehah
2. memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
3. menentukan mas kahwin yang rendah
4. wanita yang subur
5. masih dara
6. berasal dari keturunan yang baik
7. bukan keturunan terdekat" kata Wok Lijoh.
“Lagi..?” Tanya Jusoh yang tiba2 tersenyum kerana dia yakin kali ini dia dapat membuat keputusan.
Wok Lijoh berkumat kamit membilang sifat2 tu dengan jari jemari nya kerana pada kira’an nya ada yang tertinggal, “Ada satu lagi…..” Kata Wok Lijoh.
“Dio mesti panda masak nasik dagang atau nasik kerabu!” Kata Jusoh yang tak sabar2. Dia terkenang2 keenakan nasik dagang special Mek Yah dan baru tadi nasik kerabu masakan Mek Yam.
“Huh….dok…..yang satu lagi tu dia harus mempunyai wajah yang cantik dan sedap di pandang” Kata Wok Lijoh.
Jusoh tersenyum dan memarhati jauh ke arah rumah gadis yang menambat hatinya – senyumannya makin berseri2. “Yessssh!!! Dah ada keputusan Wok!!!!” Kata Jusoh begitu bersemangat sekali.
"Mu pilih nasik kerabu ko nasik dagang Soh?" Kata Wok Lijoh yang tak dapat menahan ketawanya.
(semoga Jusoh2 dan Mek2 di luar sana dapat membuat keputusan yang sebaik mungkin). Allah Hu Aklam....