latest: pls read about the actual bekwoh with pictures HERE.
"Ado seko anok tupa....atah jula moktae! Kudong eko perot lapa....jalae cari makae!"
Mendayu-dayu irama dikir barat dari ruang tamu aku. Nostalgia ke kampung halaman tahap maksima. Lebih2 lagi besuk, aku akan bertemu begitu ramai saing2 dari Kelantan. *saing = kawan*.
Besuk ada bekwoh gu kelate di Dubai!!!
Invitation = checked! To-date 45 people have confirmed coming.Menu = checked! So far we have nasi dagae, gulai kawah, kuzi kambing, sup tulang, bingka ubi kayu, lompat tikam, laksam.
Shopping list = checked! Pembeli juga telah di kenal pasti!
Jong Kako = checked! *jong kako = tukang masak lelaki*
Peta ke tempat bekwoh = done and distributed. *Bekwoh = kenduri. The word is a kelantan dialect word which may have originated from the words Big Work!*
Tomorrow, kami anak2 Kelate di Dubai akan bekwoh gulai kawoh! *kawoh = kawah atau kuali besar*
Pagi2 esok jong kako akan start buat tuku untuk memasak gulai dengan kayu api. Kami dah sepakat, jong kako akan pakai semuta (lihat gambar) *semuta = lilit kepala selalunya dengan kain batik lepas.
Very practical untuk menahan dari peluh mengalir turun dan kain semuta boleh di guna kan untuk pelbagai tujuan, contohnya - buat basahan bila mahu mandi, mengelap peluh di badan, sembunyikan kapak kecil di semuta!*.Bekwoh as a tradition is slowly dissapearing. In its true form, bekwoh is always done as a 'gotong royong' activity, and is a majlis untuk meraya'i atau bersyukur. Selalunya bila ada jemputan ke 'bekwoh' kita akan tanya, "siapa nak kawin?" atau, "Bekwoh gappo?" *kenduri untuk apa?* Begitulah lazimnya. Namun, sekarang ni sudah semakin cenderung kepada catering services lah jika ada kenduri kendara. Maklumlah, semua dah sibuk. Sebab itulah, untuk kami gu kelate - besuk adalah satu pertemuan yang sungguh nostalgic!
Bekwoh dan gulai kawoh sudah menjadi sinonim. Selalunya, tukang masak ialah orang lelaki - Jong Kako dan orang perempuan di dapur sebagai Jong Dapo untuk mengidae *Mengidae = serving the food dengan memasukkan ke dalam pinggan dan mangkuk sebelum di angkat ke ruang makan* Jika ada lagi orang kelate di Dubai yang baru saja mengetahui mengenai bekwoh ni setelah membaca blog ini, sila telepon saya - 050 4570447. Dan jemputlah ke rumah esok deh! *deh= di gunakan untuk mencari persetujuan*
More about this bekwoh with pictures after tomorrow!