Friday, August 3, 2018

Keluar jalan-jalan - 3 hb Ogos 2018

Love is....scooping the coconut for him.
😍😍😍

Hari ini isteri membawa ku bersiar2.
"The fresh air will do you a lot of good..."Katanya.
Hati ku melonjak2 kegembiraan. Memang aku perlu keluar dari kamar. Keluar dari rumah. Keluar dari ruang sepi yang membiarkan fikiran aku diusik oleh terlalu banyak soalan tanpa jawapan.

Kami sempat singgah di satu foodcourt - dan di situ aku meminta untuk menikmati air kelapa muda. one of the simple pleasures of life.

30 hb Julai 2018. Menerima Berita Open Heart Surgery


Walau bagaimana redho pun, sebagai manusia yg serba lemah, tersentak juga hati ku apabila doktor pakar memberitau yang jantung ku berfungsi pada tahap 40%.
Kemudian doktor pakar itu menambah, "Encik Ariffin, I know you wish to avoid surgery and I can understand your concern. However I am going to advise that you undergo an open surgery to your heart so that the leaking aorta valve can be replaced now rather than later!"

Aku terkedu tidak bersuara. Aku lihat wajah isteri, beliau juga tergamam dan wajahnya yang sentiasa tersenyum itu kelihatan pucat.
Aku kuatkan semangat, bukan untuk aku tetapi untuk isteri yang amat aku sayangi.
"Doktor, saya pasrah. Jika surgery yang perlu kita lakukan, saya redho dan berserah kepada Allah semoga itulah jalan yang terbaik untuk saya..."
Isteri menggenggam tangan ku di bawah meja, di luar pandangan Doktor.
Kami bersetuju dengan Doktor untuk lalui diagnosis angiogram keesukannya untuk mempastikan tiada masaalah baharu kepada vessels. Tiga stents telah dimasukkan sebelum ini. Jika ada masaalah baharu, maka ketika surgeri nanti, operasi bypass akan dilakukan sekali gus dan menambah risiko kerana tempuh masa yang diperlukan akan bertambah dan tahap kerumitan juga meningkat.
Ketika meninggalkan hospital hari itu longlai rasa anggota badan. Aku dan isteri tidak banyak berkata-kata. Masing2 bagaikan masih dalam kejutan.
----
Setiba di rumah aku mengambil wuduk untuk solat Zuhur. Bagaikan tidak sabar aku untuk mengadu kepada Allah.
Setiap kali ketika sujud, aku berbisik dari hati insan kerdil yang amat mengharapkan.
Ketika sujud terahir, bisikan menjadi tangisan. Di dalam sendu aku terus berdoa.
Sebaik selesai memberi salam, isteri ku sudah berada di sisi dan memeluk ku. Beliau cuba menahan tangisan namun tidak berjaya.
"Be strong sayang....you are a strong person....don't worry about anything...Allah is with you and with us..." kata isteri.
Aku dapat rasakan getaran badannya.
"I am worried...for you and our children..."
"I will be okay. Our children semua sudah besar,,,,Allah will look after you and us...please don't worry for us..."
"It is okay, just let me cry this one time...i need to let go...but Luqman will be going to UK....and we both can't send him off...will he be okay?"
"I told him just now when we got home, and he said he can travel alone. Haziq will be there waiting for him...don't worry..."
----
"In Shaa Allah I will be okay..." bisik ku, mengukir senyuman, memberi semangat untuk isteri.

Introduction



Salam semua, dengan pergerakan fizikal yg terbatas, dan masa yang banyak, saya akan manafaatkan dengan mencatit "Diary seorang pesakit jantung..." dari awal penyakit ini di kesan pada 1 hb July 2017 dan seterusnya, In Shaa Allah, sehingga pulih kelak.
Alhamdullillah, minda saya masih mampu berfikir, bahkan agak aktif. Jemari saya masih mampu menaip. Mungkin anugerah Allah yang tidak ternilai ialah saya seorang yang sensitif mempunyai hati yang amat menyayangi keluarga dan sahabat2.

Usah bersimpati dengan saya apabila membaca. Saya bukan menulis untuk menagih simpati. Berdoalah untuk kesihatan saya. Namun sebaik2 doa yang Allah suka, ialah doa yang tidak diketahui penerimanya. Allah tahu dan makbulkan doa yg dilakukan dengan ihlas secara rahsia....
harapan saya semoga catitan "Diary" saya dapat memberi sedikit kesan positif kepada pembaca...khususnya yang mungkin ditimpa musibah penyakit kronik.
Wallahu Aklam.

(Menulis sebagai terapi)