Sunday, July 31, 2011

Malam pertama~!

Malam ini malam pertama solat Jemaah Teraawih untuk tahun ini. Mesjid besar di ladang udang kami hanya satu pertiga penuh. Tidak ramai hadir ke Mesjid utama kerana besoknya hari kerja dan di ladang ini ada 17 Mussolah kesemuanya.

Aku di saf ke lima dari hadapan. Di sebelah kanan, seorang saudara dari Indonesia dan di sebelah kiri seorang dari India. Kelihatan wajah-wajah yang lazimnya aku hanya bertemu ketika waktu kerja, malam ini aku terharu bertemu mereka di dalam saf. Mereka kelihatan kemas dengan pekaian berseterika, sama ada berpelikat atau berseluar, atau berjubah lazim rakan2 dari negara Arab.

Imam Azman, seorang Hafiz, membaca Al Quran begitu merdu sekali suara, dan baik sekali lagu dan tajwid nya. Aku hampir terlupa membaca Al Fatihah kerana asyek mendengar bacaan beliau.

Selepas Terawih, aku bagaikan hilang punca seketika. Tercari kedai mamak, tiada! Tiba di bilik kediaman, aku ke dapur mencari buah melaka atau pun pengat pisang. Tiada!Aku di sedarkan dari lamunan dengan ketibaan Zuraimi, seorang sahabat senegara, "Pak Pin, ni kawae bawop icecream dan  susu Laban, kita morehhh~!"

Alhamdullillah, tersebut di dalam hati rasa keyukuran kerana mempunyai rakan2 yang sama2 berkelana. Kami berbual membuat perancangan untuk ke Mekah di dalam minggu ini, dengan harapan untuk berbuka puasa, dan solat terawih serta membuat ibadah Umrah. InshaAllah.

Tadi, isteri sempat bertanya, "Malam ini abang sahur makan apa?" Walaupun sudah membuat perancangan untuk bersahur dengan Mee segera Maggie, tidak sampai hati untuk memberitahu begitu.
Lantas, aku menjawap, "Sahur di kantin...belum tahu apa menu nya tahun ini!"
Semoga isteri yang berada jauh di Malaysia tidak lah terlalu risau memikirkan suaminya di sini.

Satu perkara penting untuk kami di Saudi ialah meminum air yang mencukupi di waktu malam. Suhu panas sekarang boleh mencapai 47 darjah Celsius di waktu siang. Air sangat penting...

Malam pertama, mesjid tidak penuh. Semoga semakin ramai jemaah pada malam-malam berikutnya. Bukan seperti kebiasaan di Malaysia, mesjid penuh pada minggu pertama, dan kedai kopi penuh pada minggu2 berikutnya.

Saturday, July 30, 2011

Masih kah kau ingat...?


A red carpet welcome for Dato Sri Rafidah!
Bunga manggar dan kompang mengalu2 kan ketibaan.

Bersama YB Dato' Dr Zaharah.
I wonder apa khabar beliau sekarang?
   
Bersama M Nasir, dan YB Dato Sulaiman ,
Menteri Penerangan ketika itu yang bergusti tangan dengan
the MD of Texas Instruments Malaysia.

Mengimbas memori
satu waktu dahulu, realiti
meniti tangga koperat
daya saingan hebat
selangkah demi selangkah
tak pernah mengaku kalah!


Aku di lahirkan anak petani
namun aku di ajar menjadi berani
berbekal kasih sayang ibu
dan bapa memberi semangat jitu
di lahir kurang harta
namun di penuhi kasih bonda!




Di Texas Instruments bermula kerjaya
keringat mengalir, ilmu di timba
politik koperat menikam berbisa
 ku tepis dengan budi bicara
kepada sifu-sifu aku terhutang
jasa mu tuan2 terus ku kenang!
empat belas bilangan tahun
berbagai kisah segar serumpun
kepada kawan dan lawan jari ku susun
salah silap, ku mohon ampun!

Bermula sebagai jutera
merangkak belajar supaya pandai
setapak demi setapak mencuba
alhamdullillah, cita-cita tercapai.
Terimakasih kepada semua
yang pernah berbudi kepada saya
operator pengeluaran, juru teknik dan setiausaha
pengurus, akauntan, tidak terbalas budi mu semua
imbasan memori ini
kepada anda penghormatan di beri!



1985- Pak Pin went to Dallas, Texas

did
I rented an Oldsmobile! My first experience
of driving an American car, on American road
which was obviously on the 'wrong' side!


I was a young engineer with Texas Instruments when I was chosen to work on a project at the HQ, in Dallas Texas for three months.

It was my first business trip ever! The Americans had problems pronouncing my name as A-R-I-F-F-I-N, and most of them would say, A-R-A-F-A-N, so I told them what my friends called me, simply Pak Payne! A name which started in STAR during school days has traveled to Texas, and more places since then. I knew that the name Pak Pin has gone global, as far as a name is concerned, when a delegate of Ministers came to Jeddah and two chielf Ministers were looking for me by asking the other attendees for 'Pak Pin'!

That was a start of a career filled with traveling. All in all I have been to more than thirty countries on business travel alone.

I have lived a full life - a life I can say with contentment, I have been there, and done some of that too! Not bad at all for a Kampung boy!

I revisited the HQ twice after the first one, both of the later visit were when I was the H R director of the company, in mid nineties!

Sent from my BlackBerry® wireless device from STC