Salah satu daripada perubahan yang telah aku lalui sewaktu di Mina ialah 'jadual' diri. Pada mulanya, perubahan jadual di desak oleh keperluan menggunakan 'toilet'. Oleh kerana kesesakan jemaah beratur di depan 'toilet' di waktu-waktu 'peak hours', aku telah melatih diri untuk bangun tengah malam untuk urusan mandi manda dan menunaikan apa saja hajat. Lalu alarm di pasang jam 3 pagi. Ada kalanya, diri sendiri terjaga di jam begitu sebelum alarm berbunyi.
Kesempatan bangun di waktu itu di guna sepenuhnya untuk solat Tahajud, dan apa saja amalan yang afdal di lakukan di ketika malam masih sunyi sepi, kecuali sesekali kedengaran dengkur dari kawan2 seperjuangan. Actually happy juga aku mendengar berbagai irama dengkur...mengingatkan aku, yang 'I am not alone!' lah kan...
Sekembali ke rumah, aku masih terbawa2 dengan terjaga waktu tengah malam. Satu nikmat pula rasanya dapat bangun malam2 begitu...!
InshaAllah, semoga berkekalan perubahan ini. Kepada para sahabat yang sudah pun mengamalkan berjaga di waktu tengah malam, alhamdullillah~!
